Pages

flash vortex

Minggu, 27 Februari 2011

Macam-Macam Nafsu


Nafsu membawa pengertian kepada apa sahaja tabiat-tabiat atau kelakuanyang membabitkan perasaan marah, nafsu berahi dan syahwat dan semuasifat-sifat yang keji. Tetapi apabila nafsu -nafsu ini diasah denganibadah seperti zikir, maka dapatlah nafsu-nafsu ini berubah dari yangkeji menjadi nafsu yang terpuji.

Adapun martabat-martabat nafsu itu terbahagi kepada 7 martabat.

1. Ahli Nafsu Amarah.
-suka melakukan perbuatan yang keji dan hina dan tidak pernahterasa menyesal akan perbuatanya. Contohnya, dia tidak akan berasakesal dan sedih bila meninggalkan solat. Inilah sehina-hina martabatnafsu dan tempatnya ialah neraka jahannam. Antara sifat orang yangmemiliki nafsu ini ialah bakhil, sukakan dunia, panjang angan-angan,sombong dan bongkak, hasad dengki, inginkan keagungan, dendam, khianat,lalai kepada Allah dan lain-lain lagi.

2. Ahli Nafsu Lawamah.
-ahli nafsu ini suka mengkritik diri sendiri atau mencela dirisendiri apabila melakukan kesalahan atau dosa. Nafsu ini lebih elokdari nafsu amarah tadi. Dia akan mencela diri sendiri kerana berbuatdosa dan salah. Namun nafsu ini tidak dijamin syurganya. Antarasifat-sifat nafsu ini ialah mencela diri sendiri, terdapat perasaankecut hati bila melakukan kesalahan, ria', sifat-sifat keaipan hati,suka mendapat pijian, menyangkakan dirinya lebih baik dan bertabiatberfikir(bertafakur).

3. Ahli Nafsu Mulhimah.
-tatkala nafsu amarah dan lawamah tadi dapat dileburkan, makaberpindah pula kepada nafsu yang lebih tinggi dipanggil mulhimah. Dimana terkikis segala prasangka kotor yang datang dari syaitan dandiganti dengan malaikat atau Allah iaitu "ilham". Antara sifat nafsuini ialah tidak sayangkan harta, berilmu laduni, sentiasa berasa cukup,timbul perasaan merendah diri pada Allah, taubat yang benar, sabar yanghakki, tahan menanggung kesusahan dan macm2 lagi sifat terpuji. NAmunbegitu, peringkat nafsu ini masih belum dijamin syurganya kerana iamasih berada diawangan yang mana boleh berubah bila-bila masa sahaja.Jika tidak diasah dengan betul, ia akan lenyap kembali.

4. Ahli Nafsu Mutmainnah.
-ahli nafsu ini adalah terpuji dan termasuk dikalangan wali kecil.Ahli nafsu ini dijamin syurganya. Biasanya ahli-ahli ini mempunyaikeramat kecil seperti mengetahui hal-hal loh mahfuz dan mendapat ilmusecara ilham dari Allah. DAn tidak semestinya keramhnya dapat dilihatdengan zahir. DAn ahli nafsu ini doanya bersih dan makbul. Antara sifatahli nafsu ini ialah, bermurah hati,tawakal yang benar, kuat beribadat,arif dan bijaksana, syukur yang benar, redha, taqwa, dan lain2 lagisfat terpuji.

5. Ahli Nafsu Radiah.
-ahli ini memang dah ternyata menjadi wali Allah yang mulia. Ahlinafsu ini bertabiat luar biasa. Ia tidak takut akan bala Allah. Iatidak memikirkan dosa dan pahala melaikan keredhaan Allah sahaja yangdinginkan. Duka dan gembira sama bagi mereka. Apa yang mereka katakandianggap keramah. Seperti halnya Syeikh Abdul Qadir Jailani dmanatatkala setelah habis makn, dia menyeru kembali kepada segala tulang2ikan yang dimakannya agar hidup kembali. Maka ianya hidup kembali.Begitulah keramahnya ahli nafsu ini.

6. Ahli Nafsu Mardiah.
-Ahli nafsu ini segala percakapan dan bicara mereka diredhai Allah.Jadi segala penumbuk mereka, airliur mereka, penglihatan mereka,pendengaran mereka, pergerakkan mereka, dan seterusnya diredhai Allah.Seperti halnya Junaid, syekh Abdul Qadir Jailani dan ramai lagi.

7. Ahli Nafsu Kamil.
-makam nafsu yang tertinggi sekali. Mereka ini hidupnya didunia inidengan jasadnya bergaul dengan orang ramai, namun jiwa, ruh danbatinnya tetap dengan Allah semata2. Mereka ini sentiasa berada didalam fana kepada Allah. Makam ini dipunyai oleh wali2 besar, para2nabi dan rasul.

Maka, mungkin mustahil untuk kita menjangkau ketaraf nafsumardiah, radiah dan kamil. Tetapi masih ada peluang untukmengusahakannya. Namun begitu, menurut guru saya, cukuplah sekadar kitamencapai makam nafsu Mutmainnah jika nafsu yang tiga ini terasa beratuntuk mencapainya. Kerana nafsu mutmainnah adlah selemah-lemah nafsuyang terpuji tetapi dijamin syurganya berbanding lawamah, amarah danmulhimah yang tidak dijamin syurganya.

Wallahu A'lam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar