Pages

flash vortex

Minggu, 20 Februari 2011

Shalawat dari Sayyidi Syamsuddin Muhammad al-Hanafi



Untuk menggapai ketinggian ruhani... ingin memperoleh derajat yang tinggi dissi Allah SWT, mengetahui rahasia keilmuan yang mendalam dan hikmah yang terpendam silahkan amalkan Shalawat ini...

Bismillahirrohmanirrohim



Ini adalah sholawat yang dinisbahkan kepada Sayyidi Syamsuddin Muhammad al-Hanafi seorang waliyUllah yang dikatakan memegang maqam Quthub selama 46 tahun 3 bulan.

Sholawat ini adalah sholawat ke-40 yang dicatat oleh Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam "Afdhalush Sholawat". Syaikh Yusuf turut menukilkan kisah bahawa Sidi Syamsuddin telah diperintahkan oleh Junjungan Nabi s.a.w. untuk menjadikan sholawat ini sebagai wirid dalam khalwatnya sebelum terbenam matahari. Sholawat ini merupakan antara shighah jami` yang menghimpunkan pahala dan rahasia yang banyak.

Kandungannya ialah permohonan kita kepada Allah untuk menggandakan pahala ucapan sholawat dan salam yang kita ucapkan untuk baginda s.a.w. dan ahli keluarga serta para sahabat dengan gandaan yang besar lagi agung, iaitu sebanyak atau seluas ilmu Allah yang tiada kesudahan, baik dari segi bilangan, berat maupun isipadu. Allahu ... Allah.... hanya Allah sahaja yang mengetahui kadarnya.

Oleh sungoku,,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar