Pages

flash vortex

Minggu, 20 Februari 2011

Rahasia Doa Haikal

DOA HAIKAL
1) Haikal Awal – Ayat Kursi
2) Haikal Kedua – Ayat 35 Surah Aali Imran, Ayat 77-80 Surah Al-Isra’
3) Haikal Ketiga – Ayat 285-286 Surah Al-Baqarah
4) Haikal Keempat – Ayat 81-85 Surah Al-Isra’
5) Haikal Kelima – Ayat 4-6 Surah Maryam, Ayat 27 Surah Al-Fath
6) Haikal Keenam - Ayat 1-4 Surah Al-Jin
7) Haikal Ketujuh - Ayat 51-52 Surah Al-Qalam

Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada suatu hari sedang baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka jibril pun datang membawa firman Allah, "Ya Rasulullah..salam Allah Ta'ala pada tuan hamba dan firmannya:

Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan pada tuan hamba.Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa membacanya atau menyimpannya maka Allah Subhanahu Wata'ala melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.

Ya Muhammad..barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu.Barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal..(bukannye pakai tangkal..maksudnye di sini..doa ni ditulis semula di atas kertas dan dibawa ke mana mana) nescaya lepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, serta duduk dalam aman.

Dan barangsiapa menaruh doa ini, sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratulmaut itu.Maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar.

Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan jika tidak boleh membacanya diperbuatnya azimat..nescaya beroleh pahala umpama membaca 70 000 kali khatam Qur'an dan 70 000 mati syahid dan 70 000 kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70 000 masjid dan seperti memerdekakan 70 000 hamba dan seperti menjamu 70 000 orang berbuka puasa dan mendapat pahala 70 000 orang hafiz qur'an dan beroleh kebajikan kemenangan 70 000 orang perang syahid dan pahala 70 000 'alim dan 70 000 'abid dan 70 000 malaikat dan 70 000 orang yang berakal dan 70 000 nabi dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil, 'IzrailAlaihissalam.

Ya Muhammad SAW.Barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekelian bala dan jika ada ia berhutang, nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah."

Bahawasanya, adalah diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W., pada suatu hari sedang Baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka Jibril A.S pun datang membawa Firman. Ujarnya - Ya Rasulullah, salam Allah Ta'ala pada Tuan Hamba dan Firman-Nya "Hai Kekasihku, adapun Doa Haikal iaini tujuh doa ini dihantarkan Tuhan pada Tuan Hamba maka barangsesiapa tiada percaya akan doa ini kafirlah ia dan barangsiapa membaca doa atau menyimpannya maka Allah S.W.T. melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka. Ya Muhammad, barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu. Ya Muhammad, barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai perbuat tangkal nescaya terlepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, dan duduk di dalam aman, dan lagi barangsiapa menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang ramai, dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratul maut itu maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar, sebagaipula barangsiapa membaca doa ini tiap-tiap hari dan jika tiada boleh membaca diperbuatnya azimat nescaya beroleh pahala umpama membaca tujuh puluh ribu (70,000) kali khatam Al-Quran dan tujuh puluh ribu mati syahid dan tujuh puluh ribu kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat tujuh puluh ribu masjid dan seperti merdahekakan tujuh puluh ribu hamba dan seperti menjamu tujuh puluh ribu orang berbuka puasa, dan mendapat pahala tujuh puluh ribu orang hafaz Al-Quran, dan beroleh kebajikan kemenangan tujuh puluh ribu orang perang syahid dan pahala tujuh puluh ribu 'alim (orang yang berilmu) dan tujuh puluh ribu 'abid (orang yang beribadat) dan tujuh puluh ribu Malaikat, dan tujuh puluh ribu orang yang berakal dan tujuh puluh ribu Nabi dan kebajikan, dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail Alaihissalam. Ya Muhammad S.A.W, barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekalian bala dan jika ada ia berhutang nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah".

Tidak ada komentar:

Posting Komentar