Pages

flash vortex

Sabtu, 05 Maret 2011

Wali Allah Mengikut Quran Dan Hadis

Asal makna wali ialah yang menjaga, mengawal atau memelihara. Allah s.w.t. juga menyifatkan DiriNya sebagai wali bagi orang yang beriman yakni Yang Melindungi mereka. Maka orang yang menjadi wali Allah ialah orang yang mengawal dirinya supaya tetap mengamalkan suruhan Allah dan menjauhkan diri daripada tegahan Allah. Kalau seorang disebut wali dan bentuk jamak disebut awlia.

Siapakah wali Allah itu?

Ketahuilah bahawa para wali Allah tidak ada ketakutan atas mereka dan mereka tidak berdukacita. (Surah Yunus, Ayat 62). Yaitu mereka yang beriman dan mereka bertaqwa. (Surah Yunus, Ayat 63). Bagi mereka berita gembira di dunia dan di akhirat. Tidak ada pertukaran bagi kalimat Allah. Itulah dia kemenangan yang besar. (Surah Yunus, Ayat 64)

Di sini nyatalah sekali tingginya nilai iman itu dan tentunya yang dimaksudkan dengan iman disini ialah iman yang sempurna yang disusuli dengan amal berdasarkan taqwa kepada Allah. Para awlia ini tentunya ada darajat yang tinggi di sisi Allah. Dalam hubungan ini Nabi s.a.w. bersabda yang diriwayatkan dari Sayidina Umar r.a. yang bermaksud : ¡§Mereka adalah suatu golongan yang saling berkasihan sesama mereka dalam perkara yang diredhai Allah bukan ada perhubungan keluarga antara mereka dan bukan pula kerana harta yang ada pada mereka. Demi Allah sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya dan sesungguhnya mereka di atas mimber-mimbar daripada cahaya. Mereka tidak berdukacita ketika orang ramai berdukacita dan mereka tidak merasa takut ketika orang ramai merasa takut.¡¨

Dalam satu riwayat lain Nabi s.a.w. bersabda (yang bermaksud) :
¡§Mereka itu apabila dilihat diingat Allah.¡¨ Yakni orang yang beriman dan beramal salih itu akan kelihatan kesan amal mereka pada wajah dan tingkah laku mereka, dengan itu orang yang melihat mereka akan ingat apa yang diterangkan Allah kepada kita akhirat dan amal akhirat. Para sahabat Nabi s.a.w. telah disifatkan Allah dengan firmanNya yang bermaksud : Tanda mereka ada di wajah mereka kerana kesan sujud (cahaya amal salih mereka kelihatan di wajah mereka bukan tanda hitam didahi yang kelihatan pada setengah-setengah orang.)

Para Awliya ini tidak ada ketakutan atas mereka dan mereka tidak berdukacita. Sebahagian ahli tafsir mengatakan bahawa mereka tidak takut menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan tidak berdukacita kehilangan sesuatu yang digemari ini kerana kekuatan yakin mereka bahawa segala sesuatu datangnya daripada Allah s.w.t.

Sebahagian ahli tafsir pula mengatakan bahawa hal ini berlaku ketika mereka berpindah ke alam akhirat atau ketika mereka menghadapi maut. Sebagaimana firman Allah s.w.t. :Sesungguhnya orang yang mengatakan Tuhan kami Allah kemudian mereka beristiqamah (bertaqwa dan beramal salih dan baik hubungan kepada Allah dan baik hubungan sesama hamba Allah) turun malaikat atas mereka (ketika hadir kewafatan; malaikat berkata kepada mereka :) ¡§Jangan kamu rasa takut (menghadapi maut) dan jangan kamu berdukacita (meninggalkan dunia ini) dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan buat kamu. (Surah Fussilat, Ayat 30)

Seterusnya Allah menerangkan pada Surah Yunus, Ayat 64 bahwa para wali itu akan mendapat berita gembira. Ini ada tiga tafsiran :

1. Mimpi yang baik yakni mimpi yang benar yang dilihat olehnya atau orang lain untuknya.
2. Kecintaan orang ramai dan pujian mereka terhadapnya (dengan syarat dia tidak diminta dipuji)
3. Berita baik ketika hampir wafat.

Berita baik secara umum yang diberikan Allah kepada mereka yang bertaqwa, yaitu kebaikan yang akan diterima mereka di akhirat kelak sebagaimana firman Allah :

Sesungguhnya mereka yang telah tetap dari Kami bahawa mereka mendapat kebaikan mereka akan dijauhkan daripada neraka. Mereka tidak mendengar bunyinya dan mereka kekal dalam apa yang dicitai mereka. Tidak menakutkan mereka ketakutan yang besar dan mereka disambut para malaikat seraya dikatakan kepada mereka : inilah hari kamu yang dijanjikan buat kamu. (Surah Al-Anbiyaa : Ayat 101 - 103)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar